Archive for June, 2012

h1

The Blues: A Hundreds Miles Away

June 13, 2012

31 Mac- 1 April 2012: Jamboree Joyride,Teluk Senangin & Lumut,Perak

dfc

“Jamboree Modenas Bikers Community” perkataan jamboree ini mmg tidak asing bg aku jika dulu zaman-zaman skolah rendah dlu aku mmg sudah terdedah dgn xtvt berjamboree ne sbb dlu aku adalah seorang pengkap kanak-kanak yang comel lg aktif(perasan),klu ada jamboree 2 mesti pengakap la punya kerja,jadi  berjamboree ne apa ada hal….tp jamboree kali ini agak berlainan daripada kebiasa aku berjamboree zaman kanak-kanak dlu kala,jika dlu asal sebut jamboree ja aku dh terbayang hutan,khemah,x mandi beberapa hari itu dh biasa…tp kali ini lain plak ceritanya…

Jamboree kali ini dianjurkan oleh Modenas Biker bkan lagi pengakap seperti kebiasaan selalu kita dgr,“Jamboree Modenas Bikers Community”diadakan bg menyambut  ulang tahun MODENAS BIKERS COMMUNITY yang pertama. satu ride diadakan, Tujuan ride ini adalah untuk pengumpulan rider2 Modenas, juga merapatkan ikatan silaturrahin sesama pemilik dan peminat motosikal MODENAS di seanterio MALAYA ini

Disini aku nk kongsikan cerita perjalanan aku ke “Jamboree Modenas Bikers Community”,dibawah ini routemap perjalan konvoi yang bakal ditempuhi,mengikut pekiraan yang di buat oleh “encik google maps” perjalanan kali ini megambil masa 6 jam 5 minit dgn jarak sejauh 411 kilometer pergi balik

dfdf

malam sebelum konvoi aku tidor2 ayam ja,macm2 aku fikirkn biasa la first time konvoi sehingga lah azan subuh berkumandang aku bingkas bagun ke bilik air setelah siap mandi,sembahyg smua,barang2 yg hendak dibawa pon telah siap dri smlm lg,jam bru pkul 6.30 pg aku janji dgn rojak turniq(nama panggilan FB) utk berjumpa di masjid usm jam 7.00 pg,

IMG_0526

sambil2 tunggu tu snap sekeping 

sebenarnya rojak truniq yang aku tunggu ne  pon aku xpernah jumpa cuma kenal2 dlam fb mcm 2 ja trus deal,setelah berapa minit  tunggu dari jauh aku dh dpt agak dh kehadiran rojak truniq dri bunyi eksos moto yg bingit,siap halmet fullface berserta jaket dan glove lengkap…. perhhh tetiba ja  terasa gak la diri ini newbiz parak…bertambah2 la kerisauan aku smlm,dlm ati kta “abis la aku kali ne”….seperti yang dirancang kami terus begerak meninggalkan pulau mutiara yg masih berkabus disebabkn hujan turun seawal pg lg menuju ke rnr juru utk pikap si Hadi dengan Syarifuddin Hanip

setibanya kami di rnr juru Syarifuddin Hanip telah siap sedia menunggu seperti rojak truniq,Syarifuddin Hanip pon first time aku kenal,katanya budak SP(Sungai Petani)  juga siap berpakaian jaket lengkap,di stesen minyak aku amik keputusan untuk megisi minyak dalam botol sebagai backup,setelah memikirkan meter minyak moto aku 2 dh lama xberfungsi…,risau jugak kalau2 dibuatnya terkandas kt tepi jalan nnati…..jadi orang kata sediakan payung sebelum hujan,seterusnya kami meneruskan perjalan ke check point berikutnya seperti di rancang ke sebuah kedai mamak di parit buntar disitu nnti kami akan bersarapan sementara menunggu kehadiran Ridewan zaidi,trunk rajin dan member2 lain

setelah siap mengalas perut,kami bercadang utk membuat sesi fotoshoot dengan diketuai oleh trunz rajin dan mamber2 yang lebih arif  diberi tanggujawanb ini utk mencari port2 yang menarik,kami dibawa ke suatu lokasi yang agak “nice” utuk dijadikan lokasi fotoshoot pertama kami pada pg itu,iaitu di Dataran Pinggir Sungai Kerian,Parit Buntar,setelah siap berfotosh0ot sedikit taklimat diberikan rojak tentang perancangan seterusnya konvoi dan diakhir oleh bacaan doa selamat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya

IMG_0541 IMG_0536

perjalanan utk smpai ke check point seterusnya kali ini agak jauh,utk itu kami singgah di salah sebuah stesen minyak di pekan parit butar utk menambah minyak sedia ada dan beberapa pemeriksaan kecil dilakukan bg mengelakan sebarang kejadian yg tidak diingini berlaku,perjalanan kali ini lebih menyeronokan dgn kelajuan yang agk santai ditambah pula dengan udara pagi yg menyegarkan sungguh mengasyikn, melalu jln lama melintasi beberapa pekan2 kecil sebelum laluan bertukar dr jln lama ke highway corak tunggak berubah dari tunggan santai ke tunggan yg sedikit aggresif

untuk ke Teluk Senangin kami terpaksa exit highway menuju ke tol Changkal Jering,setelah melepasi tol Changkat jering perjalanan terpaksa dihentikan seketika kerana salah seorang daripada moto ahli konvoi kami mengalami kerosakan pada bahagian penyerap hentakan(absober)yang tecabut akibat kelonggaran nud masaalah ini dpat diatasi dlm beberapa minit oleh ahli konvoi yang mahir

 

secara kebetulan kami bertembung dgn satu lagi konvoi yg turut menuju kedestinasi yg sama,konvoi ini  terdiri drpd ahli modenas elegan yang disertai oleh otai2 yg berpegalaman membuat konvoi jarak jauh seperti ke Hatyai Thailand,ini dapat dilihat melalui sticker2 yg terdapat pda motosikal mereka,mereka ini juga secara kebetulan   mengalami kerosakan,setelah semua kerosakan berjaya diatasi, kami mengambil keputusan untuk bergerak bersama,kali ini tugas Mashall diambil alih oleh abg2 otai dr konvoi modenas elegan yang sudah tentu lebih arif& brpegalaman. kami diberi taklimat ringkas sebelum meneruskan perjalanan

523772_374569885916286_100000898345799_1102767_833030507_n

setelah mengisi minyak disebuah stesen minyak konvoi meneruskan perjalanan kali ini  konvoi merentasi laluan yg agak berliku-liku yg disisi kiri dan kanan dihiasi kampung2 yang indah dengan cuaca yg mendung kadang- kala diselangi hujan renyai2 amat menyeronokan,dgn perjalanan dipantau oleh mashall modenas elegan kami dipaksa meningkatkan kelajuan bg mengejar ketua konvoi dihadapan,tidak padan dgn status “scooter” yg dimiliki motosikal modenas elegan ini ckup laju memacu konvoi…agak kerkial-kial juga bagi kami(sebenarnya aku sorang ja) utk megejar….

IMG_0604

dengan bayaran rm50 ringgit,aku agak berpuas hati dengan kondisi bilik hotel yang  amat selesa dengan 1 bad size queen disediakan berserta dengan almari pakai,TV berscreen LCD dan penghawa dinggin turut disediakan habuan bg kami untuk  melepaskan lelah setelah seharian menunggang,sementara menunggu kehadiran konvoi dari selatan sampai tiada aktiviti dijalan…sambil asyik berbaring diatas katil sambil menonton tv aku terlelap….

sedar-sedar aku dri tidor td hari sudah petang menganjak ke malam diluar riuh-rendah mungkin konvoi dr selatan sudah sampai.aku bersiap2 untuk aktiviti malam yang bakal diadakan perut pon dh bekeroncong,dengar khabarnya mlm ini ada dinner siap ada bbq lg….terus aku mendapatkan Ridewan,rojak dan hadi sebab itu ja lh mmbr yg aku kenal bt msa itu…diorang lain lah dh lama dlm group KOS(Kriss Onwer Club)jd xhairan la ramai juga yg diorang kenal sma ada dri selatan atau utara,aku bru seminggu join KOS trus join konvoi sebegini mmg agak jakun aku dibtnya….hahaha

Dinner mlm itu turut dihadiri oleh orng kuat modenas,setelah memberi ucapan serba ringkas,smua ahli konvoi di jemput makan riuh-rendah suasana dgn ahli2 konvi bertukar2 cerita…turut diadakan sesi penyampaian hadiah bg peserta yang bertuah
Untitled-2

pada keesokan harinya,setelah bersarapan pagi digerai berhampiran pantai senangin peserta konvoi mula dibahagikan kembali mengikut kumpulan yg telah ditetapkan(sebenarnya kami xdak group pn),kami menuju kedestinasi terakhir iaitu ke pekan lumut,konvoi kali ini lebih panjang dari sebelumnya dengan gabungan konvoi dri selatan dan utara begerak serentak.

setibanya kami di Dataran lumut,kami di beri masa untuk bersiar2 di sekitar pekan lumut, sambil jalan2 tu sempat juga kami borong (ayat borong mcm bnyak ja kn, padahal 3 brg 10 inggit ja pn)buah tangan utk dibawa pulang,setelah puas jln2  aku,hadi,rojak,ridewan dan afzaini hakim mengambil keputusan untuk singgah digerai ais kacang berhampiran,dgn cuaca tgh hari di malaysia yg mmg sudah tentu panas, menu ais kacang dan cendol pulut mmg suatu pilihan yg tepat.

setelah selesai menjamu selera dan aktiviti membeli-belah td,semua peserta konvoi kembali berkumpul didataran Lumut  utk sesi bergambar,riuh-rendah suasana dgn pelbagai gelagat para peserta yg datang dri pelbagai pelosok malaysia berkumpul sebagai peminat dan pemilik motosikal MODENAS dri model seawal kriss hingga la kpd model yg terbaru iaitu modenas ace…bangga siak!!!setelah sesi begambar mesra selesai ini menadakan akan berakhirnya jamboree modenas pada kali ini,sebelum semua beregak pulang ke destinasi masing-masing sedikit taklimat dan bacaan doa selamat diadakan,masing bersalaman antara satu sama lain…

 

Advertisements